? ??????????????Plaid Hearts? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (36 Ratings)??9 Grabs Today. 18429 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Paradismal? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??9 Grabs Today. 15017 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Loving Embrace? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, June 29, 2009

motivasi pelajar cemerlang




Kaedah yang dibincangkan dalam buku saya adalah kaedah yang saya dapati benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa terpanggil untuk menulis buku “Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan”.
Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang dibincangkan dalam buku saya, saya berharap anda dapat meluahkan rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris supaya seluruh dunia mendapat manfaat! Kini, menjadi pelajar cemerlang bukanlah perkara aneh lagi!"